Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mrr Ke 266 Kpn Sembah Mengadap Yang Di Pertuan Agong

Published: 16 Jul 2024 8.10 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 18 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir sembah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-raja (MRR) Yang Ke-266 yang berlangsung di Istana Negara, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mrr-ke-266-kpn-sembah-mengadap-yang-di-pertuan-agong
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:13 MYT
Kuala Lumpur, 18 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir sembah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-raja (MRR) Yang Ke-266 yang berlangsung di Istana Negara, pagi tadi.

Sembah mengadap oleh Tan Sri Razarudin itu bagi memaklumkan kepada Baginda Tuanku mengenai situasi terkini hal ehwal keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Turut sembah mengadap dalam MRR berkenaan ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari itu telah dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim turut hadir mengiringi Yang di-Pertuan Agong dalam mesyuarat berkenaan.

Kali terakhir mesyuarat MRR diadakan adalah pada 21 Februari lalu yang turut berlangsung selama dua hari.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi dan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of 3 people and dais

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 8 people, the Oval Office and text

May be an image of 4 people and dais

May be an image of 6 people, dais and text




ArticlePublished 16 Jul 2024 8.10 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM