Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Moh Kite Saksikan Kehebatan Sukan Payung Terjun Di Pisc 2019

Published: 15 Dec 2019 8.01 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Sempena Jubli Emas ke-50 tahun 69 Komando, Polis Diraja Malaysia (PDRM), satu kejohanan payung terjun antarabangsa, Perak International Skydiving Championship (PISC) 2019 sedang diadakan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz Shah, Ipoh, Perak bermula 14 hingga 22 Disember ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/moh-kite-saksikan-kehebatan-sukan-payung-terjun-di-pisc-2019
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:54 MYT

Sempena Jubli Emas ke-50 tahun 69 Komando, Polis Diraja Malaysia (PDRM), satu kejohanan payung terjun antarabangsa, Perak International Skydiving Championship (PISC) 2019 sedang diadakan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz Shah, Ipoh, Perak bermula 14 hingga 22 Disember ini.

Kejohanan tersebut merupakan anjuran sulung 69 Komando PDRM dengan kerjasama kerajaan negeri Perak.

Selain penyertaan para penerjun dari PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia, PISC 2019 turut melibatkan kira-kira 300 penerjun dari 12 buah negara antaranya Bahrain, Australia, Arab Saudi, Indonesia, Thailand dan Singapura.

Orang ramai yang berada berdekatan Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz Shah, dijemput hadir menyaksikan kehebatan para penerjun mempamerkan kemahiran terjunan masing-masing.

Turut diadakan pameran aset dan demonstrasi 69 Komando, kaunter pembayaran saman PDRM, booth pameran agensi kerajaan serta pelbagai lagi aktiviti menarik menanti anda.

Apa tunggu lagi? Moh kite ke PISC 2019 sekarang! Masuk adalah PERCUMA!!!

#PISC2019
#69Komando
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP

 

Moh Kite Saksikan Kehebatan Sukan Payung Terjun Di Pisc 2019
ArticlePublished 15 Dec 2019 8.01 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM