Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mesyuarat Tahunan Pdrm Rtp Teguhkan Komitmen Keselamatan Antara Dua Negara

Published: 21 Aug 2025 1.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bentong, 20 Ogos 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Royal Thai Police (RTP) sepakat memperkukuh strategi keselamatan antara kedua-dua negara berjiran menerusi Mesyuarat Tahunan 28th Departmental Review of Joint Malaysia-Thailand Working Committee Meeting on Criminal Activities yang berlangsung selama dua hari bermula 19 Ogos lalu, berakhir hari ini di Geo Resort and Hotel, Genting Highlands.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-tahunan-pdrm-rtp-teguhkan-komitmen-keselamatan-antara-dua-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:29 MYT
Bentong, 20 Ogos 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Royal Thai Police (RTP) sepakat memperkukuh strategi keselamatan antara kedua-dua negara berjiran menerusi Mesyuarat Tahunan 28th Departmental Review of Joint Malaysia-Thailand Working Committee Meeting on Criminal Activities yang berlangsung selama dua hari bermula 19 Ogos lalu, berakhir hari ini di Geo Resort and Hotel, Genting Highlands.

Mesyuarat pada tahun ini telah dihoskan oleh PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Delegasi PDRM diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, manakala delegasi RTP pula diketuai oleh Deputy Commissioner Police, Police General Kriboon Suadsong.

Berucap dalam mesyuarat tadi, Tan Sri Ayob Khan merakamkan penghargaan kepada semua delegasi atas perbincangan bermakna yang berlangsung sepanjang sesi, sekali gus memperkukuh kerjasama keselamatan antara kedua-dua negara berjiran.

Beliau berkata, perbincangan tersebut mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh keselamatan dan sekuriti kedua-dua negara, di samping membuktikan tekad kolektif untuk membanteras jenayah secara lebih berkesan.

Sebagai sebahagian daripada atur cara, delegasi RTP turut dibawa melawat Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur (KL), diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Bukit Aman, SAC Ahmad Asmadi Abd Hashim, SAC (Peperiksaan/Kompetensi) Bahagian Latihan Pengurusan, SAC Dr. S. Batumalai R. Suppiah serta Timbalan Komandan (Latihan) PULAPOL KL, ACP Muhammad Najib Hamzah.

Dalam sesi lawatan tersebut, delegasi RTP diberikan taklimat dan diperkenalkan dengan kemudahan serta fungsi pusat latihan berkenaan.

Kemuncak acara diserikan dengan majlis makan malam sebagai simbolik penghargaan kepada delegasi RTP, bertempat di Geo Resort and Hotel, Genting Highlands.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin, Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi dan PDRM RMP TV


May be an image of 17 people, dais and text that says '@HA ALL RIM 28. DEPARTMENTAL REVIEW OF JOINT MALAYSIA-THA!! THAIL AND MAL AYSIA WORKING WORINGCOMMIT

May be an image of 6 people and batik-print clothing

May be an image of 5 people

May be an image of 3 people and dais
ArticlePublished 21 Aug 2025 1.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM