Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mesyuarat Tahunan Pdrm Rtp Berkaitan Jenayah Rentas Sempadan Labuh Tirai

Published: 07 Sep 2023 5.16 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Shah Alam, 8 September 2023 - Mesyuarat tahunan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Royal Thai Police (RTP) mengenai usaha mengekang jenayah rentas sempadan yang berlangsung selama dua hari, bermula 6 September lalu melabuhkan tirainya semalam dengan cadangan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas memerangi jenayah siber rentas sempadan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-tahunan-pdrm-rtp-berkaitan-jenayah-rentas-sempadan-labuh-tirai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:06 MYT

Shah Alam, 8 September 2023 - Mesyuarat tahunan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Royal Thai Police (RTP) mengenai usaha mengekang jenayah rentas sempadan yang berlangsung selama dua hari, bermula 6 September lalu melabuhkan tirainya semalam dengan cadangan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas memerangi jenayah siber rentas sempadan.

26th Departmental Review of Joint Malaysia-Thailand Working Committee Meeting on Criminal Activities pada tahun ini dihoskan oleh PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang diketuai oleh pengarahnya sendiri, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, manakala RTP diketuai oleh Police Lieutenant General Sarawut Karnpanich merangkap Asistant Commisioner of General of RTP.

Melalui cadangan penubuhan jawatankuasa khas tersebut, PDRM dan RTP sepakat untuk memudahcarakan perkongsian maklumat berkaitan jenayah, sekaligus dapat memastikan tindakan segera dapat diambil untuk mematahkan sindiket jenayah di kedua-dua negara berjiran itu.

Mesyuarat tersebut juga telah meluluskan minit mesyuarat bersama bagi penganjuran kali ke-26 tahun 2023 yang disempurnakan oleh Dato' Sri Mohd Shuhaily dengan Police Lieutenant General Sarawut Karnpanich.

Kemuncak acara mesyuarat ialah penganjuran Majlis Makan Malam Perpisahan untuk delegasi RTP yang berlangsung di Hotel Concorde, dekat sini, malam tadi.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Pucuk Pimpinan Pasukan, IG Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato’ Sri Mohd Kamaruddin Md Din, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Sri Azri Ahmad, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Seri Sahabudin Abd. Manan, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mat Kasim Karim, Timbalan Pengarah (Gerakan), Jabatan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato' Hishamuddin Tahar serta Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Koperal Mohd Shazril Abd Rashid.

May be an image of 2 people and text that says 'Thailand Working c g Criminal ctiv 8th SEPTEMBER 20° FL SHA A'

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 6 people and text that says '26T DEPARTMENTAL REVIEW MALAYSIA-THAILAND MALA THAILAND 5- SEPTEMBER 2023 SELANGOR, MALAYSIA RRRTA'

May be an image of 5 people and text that says '26T MALAYSIA-THAILAND M REVIEW 5-8 5 SEPTEMBER 2023 SELANGOR, MALAYSIA 5'

May be an image of 17 people and text that says '26TH DEPARTMENTAL REVIEW MALAYSIA- THAILAND RM'

May be an image of 3 people, dais and text that says '26TH DEPARTMENTAL REVIEW MALAYSIA-THAILAND -THAILAND 5. 8SEPTEMBER 2023 SELANGOR, MALAYSIA'

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text that says '26th Departmenta Malaysia - Thailand Working Committee Review of Joint Meeting on Criminal Activities

May be an image of 8 people and text

May be an image of 8 people, table and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 13 people and dais

May be an image of 4 people and table

May be an image of 10 people and dais

May be an image of 13 people and wedding

May be an image of 6 people and text

May be an image of 4 people

May be an image of 5 people, dais and text that says 'ALAM'

May be an image of 8 people and crowd



ArticlePublished 07 Sep 2023 5.16 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM