Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Mesyuarat Permuafakatan Antara Pdrm Dam Kpm

Published: 25 Sep 2020 10.20 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Bangi, 25 September 2020 - Mesyuarat Permuafakatan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diadakan pada 17 September 2020 bermula jam 8.00 pagi hingga jam 12.30 tengahari di Ball Room, Bangi Convention Center, Selangor.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-permuafakatan-antara-pdrm-dam-kpm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:41 MYT

Bangi, 25 September 2020 - Mesyuarat Permuafakatan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diadakan pada 17 September 2020 bermula jam 8.00 pagi  hingga jam 12.30 tengahari di Ball Room, Bangi Convention Center, Selangor. 

Mesyuarat yang diadakan setahun sekali itu dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim bersama Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Sekolah) KPM, Tuan Haji Adzman Talim bertujuan menyelaraskan keseragaman dalam pelaksanaan tugas serta tindakan yang akan diambil dalam usaha menangani masalah salah laku jenayah murid-murid samada di dalam atau di luar kawasan sekolah.

Kolaborasi utuh diantara PDRM dan KPM melalui usaha yang berterusan seperti mewujudkan pegawai perhubungan sekolah (PPS) di setiap sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia nyata jelas Berjaya membendung kejadian jenayah dan salah laku disiplin dalam kalangan murid-murid sekolah. 

Antara program kolaborasi lain seperti Jom ke Sekolah, ‘First Day At School’, Back to School’ dan Kor Kadet Polis turut memainkan peranan dalam mengawal disiplin murid-murid jelas menunjukkan impak yang sangat positif.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Pengurusan (Sekolah Harian) KPM, Dato’ Mohd Jamil Mohamed, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) JPJKK, DCP Dato’ Sun Teoh Tia, pegawai kanan polis dan pegawai KPM.

5ea94c56-582c-4759-b35d-03d89de6d3a3

8052bf3b-5356-4b0a-b274-77b0ccce2476

c9c95954-9a64-4a8e-b58e-87bd463cced6

00cabd02-0826-42fb-b2ad-ba1d81fb056d

2ff71486-6331-40a9-a3cd-63c01c2ee0a8

61f82bc2-a9f8-4093-b770-180320704356

ArticlePublished 25 Sep 2020 10.20 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM