Kuala Lumpur, 24 Januari 2020 – Satu mesyuarat khas antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah diadakan di Bilik Mesyuarat KPN, Aras 31, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor itu bagi membincangkan kaedah perkongsian data antara kedua-dua jabatan atas isu keselamatan.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Tuan Haji Jasri Kasim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Dato’ Huzir Mohamed, Ketua Urus Setia KPN, DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan, delegasi JPN dan pegawai kanan PDRM.

Sekitar mesyuarat antara PDRM dan JPN yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Ketua Polis Negara, Bukit Aman.

Bacaan doa sebelum mesyuarat dimulakan.

Bacaan doa sebelum mesyuarat dimulakan.

Bacaan doa sebelum mesyuarat dimulakan.

Bacaan doa sebelum mesyuarat dimulakan.

Sesi menandatangani buku pelawat oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Tuan Haji Jasri Kasim.

Sesi penyampaian cenderahati daripada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Tuan Haji Jasri Kasim kepada Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.

Sesi penyampaian cenderahati daripada Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Tuan Haji Jasri Kasim.

Sesi bergambar kenangan pimpinan tertinggi PDRM bersama delegasi JPN.