Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mesyuarat Mbj Tumpu Aspek Kebajikan Dan Kemajuan Warga Pdrm

Diterbitkan: 12 Feb 2020 7.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 12 Februari 2020 - Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) kali pertama bagi tahun 2020 di Bukit Aman pagi tadi menumpukan kepada aspek memperkasakan kebajikan dan kemajuan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar selari dengan usia Pasukan yang bakal mencecah 213 tahun, 25 Mac depan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-mbj-tumpu-aspek-kebajikan-dan-kemajuan-warga-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:56 MYT

Kuala Lumpur, 12 Februari 2020 - Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) kali pertama bagi tahun 2020 di Bukit Aman pagi tadi menumpukan kepada aspek memperkasakan kebajikan dan kemajuan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar selari dengan usia Pasukan yang bakal mencecah 213 tahun, 25 Mac depan.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor ketika mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri oleh barisan Pengarah dan pengerusi persatuan PDRM.

Beliau turut menyeru persatuan-persatuan yang ada dalam Pasukan menggunakan platform sedia ada bagi membincangkan isu-isu pokok yang melanda ahli masing-masing di samping menjalankan aktiviti yang telah direncanakan.

“Saya menyeru kesemua ahli jawatankuasa yang dilantik di setiap peringkat khususnya pusat, kontinjen dan daerah untuk terus memberikan komitmen yang terbaik demi kemaslahatan Pasukan keramat ini.

“Insya-Allah, menerusi platform MBJ ini, barisan pucuk tertinggi PDRM akan mendengar segala keluh kesah, seterusnya mencari kata sepakat bagi menyelesaikan tuntutan Persatuan dan Kesatuan di dalam PDRM yang mewakili pihak pekerja,” ujar Dato' Pahlawan Mazlan.

Turut hadir, Pegawai Turus Persatuan, DSP Khairul Azman Ro, Ahli Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita, Persatuan Pegawai Diwartakan, Persatuan Inspektor dan Persatuan Pegawai Rendah Polis serta Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Malaysia.

 
Image may contain: 2 people, people sitting and indoor
Sekitar Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KPN, Aras 31, Menara 1, Bukit Aman.

Image may contain: 1 person, suit and indoor
Ucapan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.

Image may contain: 8 people, people sitting, table and indoor
Sekitar bacaan doa bagi memberkati majlis

Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor
Sekitar Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KPN, Aras 31, Menara 1, Bukit Aman.

Image may contain: 5 people, people sitting, table and indoor
Sekitar Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KPN, Aras 31, Menara 1, Bukit Aman.

Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor
Sekitar Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KPN, Aras 31, Menara 1, Bukit Aman.

Image may contain: 4 people, people sitting, screen, table and indoor
Sekitar Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KPN, Aras 31, Menara 1, Bukit Aman.

ArtikelDiterbitkan 12 Feb 2020 7.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM