Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mesyuarat Jpgk Ke 81 Perkukuh Penyelarasan Strategik Agensi Keselamatan Negara Depani Cabaran Semasa

Diterbitkan: 17 Jul 2026 9.19 AM Dikemas kini: 21 Aug 2026 4.43 PM
Kuala Lumpur, 17 Julai 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Kebangsaan (JPGK) ke-81, Bilangan 1 Tahun 2026 berlangsung hari ini bagi memperkukuh penyelarasan strategik antara agensi Keselamatan Negara dalam mendepani cabaran keselamatan semasa di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-jpgk-ke-81-perkukuh-penyelarasan-strategik-agensi-keselamatan-negara-depani-cabaran-semasa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT
Kuala Lumpur, 17 Julai 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Kebangsaan (JPGK) ke-81, Bilangan 1 Tahun 2026 berlangsung hari ini bagi memperkukuh penyelarasan strategik antara agensi Keselamatan Negara dalam mendepani cabaran keselamatan semasa di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Hj. Malek Razak Sulaiman.

Berucap dalam mesyuarat berkenaan, Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid menegaskan bahawa JPGK merupakan platform strategik dalam memperkukuh kerjasama antara agensi keselamatan negara, selain memastikan setiap perancangan keselamatan dirangka dan dilaksanakan secara bersepadu, terancang serta berkesan.

Menurut beliau, landskap keselamatan global yang semakin dinamik dan sukar diramal menuntut pendekatan lebih menyeluruh dalam mendepani ancaman hibrid yang melangkaui ancaman konvensional, termasuk aspek ekonomi, digital dan psikologi yang berpotensi menjejaskan ketenteraman awam serta keyakinan rakyat.

Mesyuarat turut menyentuh kepentingan penerapan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan analitik data dalam memperkasakan operasi keselamatan negara, di samping memastikan aspek tadbir urus, integriti serta keselamatan data sentiasa dipelihara.

Bersempena sambutan Bulan Keselamatan Negara pada Julai ini, semua agensi yang menganggotai JPGK diseru agar terus memperbaharui iltizam dan bergerak sebagai satu pasukan yang utuh dalam mempertahankan kedaulatan, keselamatan serta keamanan negara.

Mesyuarat turut membincangkan usaha memperkukuh mekanisme penyelarasan antara agensi serta merangka strategi yang lebih komprehensif bagi menangani pelbagai isu keselamatan negara, khususnya ancaman jenayah rentas sempadan dan kebanjiran warga asing.

Terdahulu, ketibaan Tan Sri Dato' Seri Hj. Malek Razak disambut oleh Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid sebelum dibawa ke Bilik Tetamu KPN bagi mengadakan sesi kunjungan hormat.

Turut hadir, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Raja Dato' Nushirwan Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Hj. Md Othman, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy Ithnain, Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri serta wakil kementerian, jabatan dan agensi terlibat.

Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people, the Oval Office, dais and text

May be an image of text that says 'KHALID 香膏 @HAK®MILIK'PDRMP @HAK MILIK PDRM お'

ArtikelDiterbitkan 17 Jul 2026 9.19 AMDikemas kini 21 Aug 2026 4.43 PM