Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mes Pkp Pdrm Rai Pesara Polis Seluruh Negara

Diterbitkan: 21 Dec 2025 12.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 21 Disember 2025 – Mes Pegawai Kanan Polis (PKP) Polis Diraja Malaysia (Mes PDRM) telah menganjurkan Majlis Malam Mes Pesara PDRM Tahun 2025 bertemakan "Honouring the Gold and Bold" sebagai penghargaan kepada para pesara pegawai kanan polis yang telah dan akan bersara tahun 2025 dengan penuh dedikasi serta meninggalkan legasi cemerlang kepada Pasukan dan negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mes-pkp-pdrm-rai-pesara-polis-seluruh-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:44 MYT

Kuala Lumpur, 21 Disember 2025 – Mes Pegawai Kanan Polis (PKP) Polis Diraja Malaysia (Mes PDRM) telah menganjurkan Majlis Malam Mes Pesara PDRM Tahun 2025 bertemakan "Honouring the Gold and Bold" sebagai penghargaan kepada para pesara pegawai kanan polis yang telah dan akan bersara tahun 2025 dengan penuh dedikasi serta meninggalkan legasi cemerlang kepada Pasukan dan negara.

Seramai 92 pesara PKP dari seluruh negara telah memenuhi undangan menghadiri majlis yang diadakan malam tadi, termasuk tokoh-tokoh kepimpinan Pasukan yang pernah menerajui jabatan PDRM seperti bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, pesara CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yousuf serta bekas Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, pesara CP Dato’ Sri Azri Ahmad.

Berucap dalam majlis tersebut, Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail merangkap Yang Dipertua Mes, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pesara atas jasa, pengorbanan serta sumbangan tidak ternilai yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dalam Pasukan, sekali gus menyifatkan mereka sebagai wira negara.

"Jasa dan pengorbanan para pesara PDRM tidak ternilai, dizahirkan melalui kesetiaan, keikhlasan dan amanah sepanjang perkhidmatan. Sumbangan bakti ini akan terus dikenang dalam sejarah PDRM. Berteraskan integriti dan disiplin tinggi, para pesara telah meninggalkan rekod profesional yang membanggakan demi kesinambungan peranan PDRM. Tahniah diucapkan," ujar beliau.

"Saya berharap para pesara terus menyumbang sokongan, nasihat dan pandangan demi kesinambungan kepimpinan PDRM serta keselamatan masyarakat. Persaraan juga wajar dimanfaatkan untuk mengeratkan hubungan keluarga," tambah beliau.

Mewakili para pesara yang diraikan dalam majlis yang diadakan, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia, CP Datuk Ts. Ramdzan Daud merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pucuk pimpinan PDRM atas keprihatinan serta pengiktirafan berterusan terhadap jasa dan sumbangan para pesara.

Sebagai simbol penghargaan dan kenangan, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid seterusnya menyampaikan cenderahati kepada semua pesara yang hadir sebelum majlis melabuhkan tirainya dalam suasana penuh hormat dan penghargaan.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM bersama isteri serta Ketua Polis (KP) Kuala Lumpur, CP Dato' Fadil Hj. Marsus dan KP Selangor, CP Dato' Pahlawan Shazeli Dato' Kahar.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of text that says '@HAK MILIK PDRM'

May be an image of dais and text that says 'POLIS DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2025 Honουί the Gold and Bold 20 DISEMBER 2025 I HOTEL WYNDHAM BANGSAR @ ФHaK M

May be an image of lighting and dais

May be an image of one or more people and crowd

May be an image of one or more people

May be an image of text that says 'ME Malam Mes Pesara PErasai Kanan Meraikan POLIS POLISDIRA DIRA TAHUN 2025 HoHoили Bold 造 AM BANGSAR 20 DISEMBER 21


ArtikelDiterbitkan 21 Dec 2025 12.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM