Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Memperkasakan Mbj Semua Pjp Kp Komandan Dan Komander Pasukan Bertemu Timbalan Kpn

Diterbitkan: 09 Nov 2018 10.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 9 November 2018 - Kesemua Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri, Komandan dan Komander pasukan telah berjumpa dengan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim bagi memperkasakan lagi kaedah pelaksanaan dan fungsi Majlis Bersama Jabatan (MBJ) peringkat masing-masing di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), dekat sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/memperkasakan-mbj-semua-pjp-kp-komandan-dan-komander-pasukan-bertemu-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:25 MYT

Kuala Lumpur, 9 November 2018 - Kesemua Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri, Komandan dan Komander pasukan telah berjumpa dengan Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim bagi memperkasakan lagi kaedah pelaksanaan dan fungsi Majlis Bersama Jabatan (MBJ) peringkat masing-masing di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), dekat sini, petang tadi.

Perjumpaan yang berlangsung selama dua jam tadi turut membincangkan peranan MBJ sebagai salah satu saluran komunikasi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pegawai awam dalam perkhidmatan polis di peringkat Kontinjen, Daerah, Briged serta Batalion untuk menyampaikan hasrat  dan permasalahan kepada pucuk pimpinan melalui saluran yang sah.

Berucap dalam perjumpaan tersebut, Tan Sri Noor Rashid menyeru pemimpin pasukan di peringkat Kontinjen, Pusat Latihan, Formasi  dan Daerah supaya dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan proaktif dalam menjayakan matlamat serta kehendak pucuk pimpinan PDRM melalui platform MBJ Kontinjen ini.

"Adalah menjadi harapan saya agar MBJ Kontinjen akan menjadi wadah terbaik pasukan dalam menyelesaikan apa jua bentuk permasalahan daripada pihak pekerja kepada pihak majikan.

"Semoga segala usaha yang dilakukan dalam menjaga kebajikan warga PDRM serta memartabatkan pasukan akan diredhai dan mendapat ganjaran yang setimpal di akhirat kelak, insyaAllah," ujar beliau.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Sri Mohmad Salleh, Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), CP Dato' Sri Tajudin Md. Isa, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), SAC Dato' Azisman Alias, wakil-wakil persatuan dari cawangan Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis.

0S5A8359
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim mempengerusi Majlis Taklimat Persatuan sempena Perjumpaan Bersama PJP/ KP/ Komander dan Komandan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman.

0S5A8362

0S5A8320

ArtikelDiterbitkan 09 Nov 2018 10.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM