
Kuala Lumpur, 15 September 2022 – Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato’ Seri Hamzah Zainudin selaku Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), mengetuai Mesyuarat SPP ke-115 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, pagi tadi.
Agenda mesyuarat antaranya membincangkan mengenai isu-isu dalam perkhidmatan dan penambahbaikan Pasukan.
Mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam itu turut melibatkan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, timbalannya, DIG Tan Sri Razarudin Husain, bekas Timbalan KPN, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, bekas KSU KDN, Tan Sri Alwi Hj. Ibrahim, Pengarah Jabatan KDNKA, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, bekas Pengarah Jabatan KDNKA, Dato' Sri Abdul Rahim Jaafar, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, DCP Mohd Alwi Zainal Abidin, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin dan para pegawai kanan polis serta KDN.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Bryanlie Mustin























