Mat Pit Berpura Pura Solat Untuk Pecah Tabung Masjid
Dua lelaki ditahan polis kerana disyaki memecahkan tabung masjid di sekitar daerah Segamat ketika para jemaah yang lain sedang khusyuk menunaikan solat sunat terawikh di bulan Ramadhan.
Ketua Polis Daerah, Supt. Mohd Kamil Sukarmi berkata, kedua-dua suspek yang ditahan berumur 22 dan 24 tahun serta positif dadah jenis syabu ketika ujian air kencing dilakukan ke atas mereka.
Modus Operandi mereka adalah dengan berpura-pura bersama jemaah lain bersolat sunat terawikh sebelum meninjau lokasi tabung derma masjid dan mencuri wang yang ada di dalamnya.
Sumber: Harian Metro