Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Masih Tidak Serik Setelah Bebas Dari Penjara

Diterbitkan: 28 Jul 2015 1.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang lelaki yang dibebaskan dari penjara April lalu kerana memiliki dadah, sekali lagi ditahan Khamis lepas kerana memiliki pelbagai jenis dadah di Kuala Besut.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/masih-tidak-serik-setelah-bebas-dari-penjara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:53 MYT

 

Besut, 26 Julai - Seorang lelaki yang dibebaskan dari penjara April lalu kerana memiliki dadah, sekali lagi ditahan Khamis lepas kerana memiliki pelbagai jenis dadah di Kuala Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah berkata, suspek berumur 28 tahun yang merupakan seorang nelayan ditahan di Kampung Nail.

Beliau berkata lelaki itu pada mulanya dilihat sedang tidur di dalam kereta sambil memegang senjata tajam.

"Apabila anggota polis peronda menghampiri untuk mengejutkan suspek, dia yang tiba-tiba tersedar terus terjun keluar dari tingkap kereta berkenaan.

“Anggota polis terus mengejar suspek hingga berlaku pergelutan yang suspek juga cuba merampas pistol dipinggang seorang anggota polis. Suspek akhirnya dapat diberkas," katanya kepada pemberita.

Khaled berkata, pemeriksaan pada beg pinggang suspek mendapati pelbagai jenis dadah di dalam botol plastik, tiub straw dan paket.

"Di dalam kereta pula ditemukan ketulan mampat yang dipercayai ganja seberat satu kilogram," katanya.

Beliau berkata, kereta tersebut juga didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu yang keretanya dilapor hilang di Pulai Condong, Kelantan sebelum ini.

Suspek kini direman selama tujuh hari.

Rampasan ganja tersebut merupakan rampasan terbesar sejak empat tahun lalu di Terengganu yang dipercayai untuk dijual kepada pelancong di Pulau Perhentian, kata Khaled.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 28 Jul 2015 1.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM