Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah Perancangan Strategik Jpjkk

Published: 20 Dec 2018 7.46 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 20 Disember 2018 – Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), DCP Dato’ Hajjah Fatimah Abdul Hamid yang akan menjalani persaraan wajib hari ini, secara rasmi telah menyerahkan jawatannya kepada Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Dasar/Sumber JPJKK, SAC Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid, sebentar tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-serah-terima-tugas-timbalan-pengarah-perancangan-strategik-jpjkk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:28 MYT

Kuala Lumpur, 20 Disember 2018 – Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), DCP Dato’ Hajjah Fatimah Abdul Hamid yang akan menjalani persaraan wajib hari ini, secara rasmi telah menyerahkan jawatannya kepada Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Dasar/Sumber JPJKK, SAC Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid, sebentar tadi.

Majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama JPJKK, Aras 5, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu telah disaksikan oleh Pengarah JPJKK, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman. 

Dato’ Sri Rosli dalam ucapan  beliau yang turut mewakili seluruh warga JPJKK dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Hajjah Fatimah di atas jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau bersama JPJKK khususnya. 

Turut hadir, Timbalan Pengarah Operasi JPJKK, DCP Dato’ Dev Kumar MM Sree, Ketua Penolong Pengarah, Penolong Pengarah JPJKK dan warga JPJKK Bukit Aman.

0S4A6756
Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), DCP Dato’ Hajjah Fatimah Abdul Hamid menyerahkan dokumen serah terima tugas kepada Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Dasar/Sumber JPJKK, SAC Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid.

_MG_3331
Sekitar Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) JPJKK.

0S4A6867
Sekitar Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) JPJKK.

_MG_3158
Bergambar kenangan.

0S4A6823
Bergambar kenangan.

ArticlePublished 20 Dec 2018 7.46 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM