Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah Perancangan Strategik Jpjkk
Kuala Lumpur, 20 Disember 2018 – Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), DCP Dato’ Hajjah Fatimah Abdul Hamid yang akan menjalani persaraan wajib hari ini, secara rasmi telah menyerahkan jawatannya kepada Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Dasar/Sumber JPJKK, SAC Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid, sebentar tadi.
Majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama JPJKK, Aras 5, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu telah disaksikan oleh Pengarah JPJKK, CP Dato’ Sri Rosli Ab Rahman.
Dato’ Sri Rosli dalam ucapan beliau yang turut mewakili seluruh warga JPJKK dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Hajjah Fatimah di atas jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau bersama JPJKK khususnya.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Operasi JPJKK, DCP Dato’ Dev Kumar MM Sree, Ketua Penolong Pengarah, Penolong Pengarah JPJKK dan warga JPJKK Bukit Aman.
Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), DCP Dato’ Hajjah Fatimah Abdul Hamid menyerahkan dokumen serah terima tugas kepada Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Dasar/Sumber JPJKK, SAC Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid.
Sekitar Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) JPJKK.
Sekitar Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) JPJKK.
Bergambar kenangan.
Bergambar kenangan.