Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Persada Inovasi Pdrm 2025 Posting Pilihan

Diterbitkan: 09 Jul 2025 3.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Seremban, 8 Julai 2025 – Majlis Persada Inovasi Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2025 telah berlangsung di Grand Klana Ballroom, Klana Resort, Negeri Sembilan dalam suasana penuh semangat dan komitmen terhadap pembudayaan inovasi dalam perkhidmatan kepolisan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-persada-inovasi-pdrm-2025-posting-pilihan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:36 MYT
Seremban, 8 Julai 2025 – Majlis Persada Inovasi Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2025 telah berlangsung di Grand Klana Ballroom, Klana Resort, Negeri Sembilan dalam suasana penuh semangat dan komitmen terhadap pembudayaan inovasi dalam perkhidmatan kepolisan.

Majlis tadi telah dirasmikan oleh SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman merangkap Urus Setia Jawatankuasa Pemandu Pengurusan Inovasi PDRM, SAC A. Asmadi Hj. Abdul Aziz.

Sebanyak 15 pasukan terbaik Kumpulan Inovatif dan Kreatif dari seluruh kontinjen dan jabatan dalam PDRM yang berjaya telah melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan.

Program tahunan anjuran Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) ini diadakan bertujuan memperkukuh budaya inovasi dalam organisasi serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan Pasukan melalui pendekatan kreatif dan penyelesaian berimpak tinggi.

Bertemakan “Digitalisasi Teras Inovasi Kepolisan”, program tersebut berlangsung dari 7 hingga 9 Julai 2025 dan akan diakhiri dengan Majlis Sambutan Hari Inovasi PDRM 2025 yang dijadualkan pada 10 Julai depan sebagai kemuncak kepada keseluruhan inisiatif inovasi Pasukan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Muhammad Idzam Jaafar, Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohamad Hatta Che Din, Timbalan Ketua Pusat Inovasi, Institut Tadbiran Awam Negara Bukit Kiara merangkap Ketua Panel Penilai, Dr. Norasyikin Shaikh Ibrahim, panel-panel penilai, barisan ketua jabatan dan ketua polis daerah Kontinjen Negeri Sembilan.

 
 
 
 
 
 
 

ArtikelDiterbitkan 09 Jul 2025 3.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM