Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Jabatan Pengurusan Pdrm 20190213

Published: 13 Feb 2019 11.10 AM Updated: 17 Jul 2026 12.15 PM
Kuala Lumpur, 13 Februari 2019 - Seramai 20 pegawai kanan dari pelbagai cawangan dalam Jabatan Pengurusan Bukit Aman diraikan dalam Majlis Pemakaian Pangkat yang disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato' Abd. Rahim Jaafar di Auditorium Tingkat 16, Menara 2, Bukit Aman, dekat sini, sebentar tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-pemakaian-pangkat-pegawai-kanan-jabatan-pengurusan-pdrm-20190213
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:22 MYT

 

Kuala Lumpur, 13 Februari 2019 - Seramai 20 pegawai kanan dari pelbagai cawangan dalam Jabatan Pengurusan Bukit Aman diraikan dalam Majlis Pemakaian Pangkat yang disempurnakan oleh Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato' Abd. Rahim Jaafar di Auditorium Tingkat 16, Menara 2, Bukit Aman, dekat sini, sebentar tadi.

Pemakaian pangkat dimulakan ke atas dua pegawai kanan yang baharu dinaikkan ke pangkat Superintendan Polis manakala 18 lagi adalah mereka yang telah dinaikkan ke pangkat Deputi Superintendan Polis (DSP).

Berucap dalam majlis tersebut, CP Dato' Abd Rahim mengingatkan semua pegawai yang diraikan bahawa kenaikan pangkat mestilah disertakan dengan tanggungjawab besar yang perlu digalas dengan jujur dan amanah.

"Kenaikan pangkat ini merupakan satu pengiktirafan dan disusuli dengan amanah yang perlu dizahirkan kepada pasukan bukan sekadar diungkap tanpa dilakukan,” ujar beliau.

Terdahulu, kesemua yang diraikan termasuk para tetamu jemputan telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pegawai Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman, Haji Rizuwan Haji Saidin bagi memohon keberkatan dari Yang Maha Esa.

Turut hadir, Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) (Perancangan Strategik), DCP Dato' Muhammad Azlee Abdullah dan Timbalan Pengarah Pengurusan Pentadbiran, SAC Dato' Abdul Majid Mohd Ali.

0S5A0409
Bergambar kenangan.

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Jabatan Pengurusan Pdrm 20190213
Sekitar Majlis Pemakaian Pangkat.

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Jabatan Pengurusan Pdrm 20190213
Ucapan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato' Abd. Rahim Jaafar.

0S5A0293
Sekitar bacaan yasin, tahlil dan doa selamat.

ArticlePublished 13 Feb 2019 11.10 AMUpdated 17 Jul 2026 12.15 PM