Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Main Kutu Boleh Dipenjara Didenda

Diterbitkan: 22 Sep 2018 2.42 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
POLIS memberi amaran bahawa mereka yang terlibat dalam aktiviti bermain kutu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/main-kutu-boleh-dipenjara-didenda
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:27 MYT

POLIS memberi amaran bahawa mereka yang terlibat dalam aktiviti bermain kutu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun.

Amaran oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia yang dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook Cyber Crime Alert menjelaskan, orang ramai berisiko untuk ditipu pada bila-bila masa kerana terdapat beberapa kes ibu kutu atau penganjur yang menghilangkan diri bersama wang yang disimpan oleh peserta.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia, Mohd. Yusof Abdul Rahman turut menyifatkan hukuman yang ditetapkan pihak berkuasa berhubung aktiviti bermain kutu sebagai wajar.

"Orang ramai dinasihatkan menyimpan wang mereka di institusi kewangan berdaftar berbanding menyertai permainan kutu ekoran ia dilihat mengandungi unsur penipuan selain mendatangkan kerugian sekiranya ditipu oleh penganjur," katanya.

Sumber : Kosmo

ArtikelDiterbitkan 22 Sep 2018 2.42 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM