Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ltdl 2025 Jspt Perkasa Persiapan Melalui Acara Domestique

Diterbitkan: 27 Sep 2025 6.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Langkawi, 27 September 2025 – Jentera Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) diuji pagi ini menerusi acara berbasikal “Domestique by Le Tour de Langkawi (LTdL)” sejauh 96.7 kilometer yang bermula di Pekan Kuah sebelum mengelilingi seluruh Pulau Langkawi, Kedah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ltdl-2025-jspt-perkasa-persiapan-melalui-acara-domestique
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:22 MYT
Langkawi, 27 September 2025 – Jentera Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) diuji pagi ini menerusi acara berbasikal “Domestique by Le Tour de Langkawi (LTdL)” sejauh 96.7 kilometer yang bermula di Pekan Kuah sebelum mengelilingi seluruh Pulau Langkawi, Kedah.

JSPT dengan kekuatan 35 orang petugas yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kawalan Lalu Lintas JSPT Bukit Aman, Superintenden Mohd Yatim Osman melibatkan tiga buah SUV dan 30 buah motosikal Polis Diraja Malaysia jenis BMW R1250 RT Kawasaki GTR 1400, Yamaha FJR 1300, Honda ST 1300 serta VFR 800 memulakan penugasan kawalan keselamatan sepanjang acara itu berlangsung.

Acara tersebut dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Embark Event Sdn. Bhd. sebagai penganjur bersama sekali gus membuka tirai menjelang perlumbaan berprestij Petronas LTdL 2025 yang akan bermula esok.

Selain menjadi persediaan taktikal buat JSPT, acara ini turut membuka peluang kepada peminat sukan berbasikal dari dalam dan luar negara untuk berkayuh bersama serta merasai debaran menjelang kejohanan bertaraf dunia itu.

Ia menghimpunkan seramai 54 peserta dari dalam dan luar negara, sekali gus memberi peluang mereka merasai cabaran laluan sebenar yang bakal ditempuhi para jaguh LTdL 2025 dengan pelepasan peserta dilakukan serentak di lokasi ‘flag-off’ di Pekan Kuah.

Turut hadir memeriahkan majlis, Pengarah Acara di Majlis Sukan Negara, Encik Saiful Sahar, Ketua Pegawai Operasi LTdL, Encik Emir Abdul Jalal dan Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari bersama timbalannya Superintenden Samsulmuddin Sulaiman.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

May be an image of 7 people, scooter, motorcycle, road and text

May be an image of 3 people, motorcycle, scooter, road and text that says '300m ETRONAS MEHIT PIL 728 PILOT a ¥ MILIL'

May be an image of 10 people, motorcycle, scooter, crowd and text

May be an image of 12 people and text

May be an image of 5 people, bicycle, road and text that says 'POLIS M'
ArtikelDiterbitkan 27 Sep 2025 6.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM