Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ltdl 2024 Pdrm Siap Siaga Kemudi Kejohanan Edisi Ke 28

Diterbitkan: 27 Sep 2024 10.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 27 September 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah bersiap siaga untuk mengemudi kejohanan lumba basikal berprestij tinggi peringkat antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 yang akan membuka tirainya pada peringkat pertama di Pulau Langkawi pada 29 September depan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ltdl-2024-pdrm-siap-siaga-kemudi-kejohanan-edisi-ke-28
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:10 MYT
Kuala Lumpur, 27 September 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah bersiap siaga untuk mengemudi kejohanan lumba basikal berprestij tinggi peringkat antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 yang akan membuka tirainya pada peringkat pertama di Pulau Langkawi pada 29 September depan.

Dalam kejohanan yang telah memasuki edisi ke-28 tersebut, PDRM menurunkan sebanyak 80 buah motosikal berkuasa tinggi milik JSPT, 2 buah lori pengangkut bersama 8 buah kereta dan 3 buah van demi memastikan kelancaran lalu lintas serta keselamatan para pelumba serta penonton terjamin.

Sebagai persediaan, pada 24 dan 25 September lalu telah berlangsung sesi taklimat berkaitan penugasan penuh kejohanan selain persiapan logistik serta latihan dalam perkhidmatan berlangsung di Vivatel Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah (I), JSPT Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Nasri Omar.

LTdL 2024 bakal mempertaruhkan 132 pelumba daripada 22 buah pasukan dari pelbagai kelab dunia berentap di tujuh peringkat laluan sejauh 1,190 kilometer yang dijadual berakhir di Bintulu, Sarawak pada 6 Oktober depan.

Selamat bertugas diucapkan kepada para petugas PDRM dalam kejohanan LTdL 2024!
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 1 person

May be an image of 1 person and text

May be an image of text

May be an image of scooter, motorcycle, road and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 13 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 1 person, motorcycle, scooter and text

May be an image of 4 people, motorcycle and text

May be an image of 2 people, motorcycle and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 4 people and ambulance

May be an image of 6 people and text

May be an image of 1 person, motorcycle, scooter, road and text

May be an image of 6 people, motorcycle, scooter, road and text
ArtikelDiterbitkan 27 Sep 2024 10.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM