
Article
Ltdl 2024 Pdrm Siap Siaga Kemudi Kejohanan Edisi Ke 28
Kuala Lumpur, 27 September 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah bersiap siaga untuk mengemudi ke...
Kuala Lumpur, 27 September 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah bersiap siaga untuk mengemudi kejohanan lumba basikal berprestij tinggi peringkat antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 yang akan membuka tirainya pada peringkat pertama di Pulau Langkawi pada 29 September depan.
Sebagai persediaan, pada 24 dan 25 September lalu telah berlangsung sesi taklimat berkaitan penugasan penuh kejohanan selain persiapan logistik serta latihan dalam perkhidmatan berlangsung di Vivatel Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah (I), JSPT Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Nasri Omar.
LTdL 2024 bakal mempertaruhkan 132 pelumba daripada 22 buah pasukan dari pelbagai kelab dunia berentap di tujuh peringkat laluan sejauh 1,190 kilometer yang dijadual berakhir di Bintulu, Sarawak pada 6 Oktober depan.
Selamat bertugas diucapkan kepada para petugas PDRM dalam kejohanan LTdL 2024!
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin