Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ltdl 2024 Jentera Jspt Diuji Dalam Domestique By Le Tour De Langkawi

Diterbitkan: 28 Sep 2024 7.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Langkawi, 28 September 2024 – Jentera Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) diuji pada hari ini dalam acara berbasikal “Domestique by Le Tour de Langkawi (LTdL)” yang bermula dari Pekan Kuah mengelilingi Pulau Langkawi, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ltdl-2024-jentera-jspt-diuji-dalam-domestique-by-le-tour-de-langkawi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:29 MYT
Langkawi, 28 September 2024 – Jentera Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) diuji pada hari ini dalam acara berbasikal “Domestique by Le Tour de Langkawi (LTdL)” yang bermula dari Pekan Kuah mengelilingi Pulau Langkawi, di sini, pagi tadi.
JSPT dengan kekuatan 80 orang petugas yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kawalan Lalu Lintas JSPT Bukit Aman, Superintenden Mohd Yatim Osman melibatkan dua buah SUV dan 76 buah motosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) jenis Kawasaki GTR 1400, Yamaha FJR 1300, Honda ST 1300 serta VFR 800 memulakan penugasan sepanjang acara itu berlangsung.

Antara objektif penganjuran acara tersebut adalah bertujuan memperkenalkan pasukan dan Kejohanan Petronas LTdL 2024 peringkat pertama yang bermula di Langkawi selain memberi peluang kepada peminat-peminat tegar dari dalam dan luar negara untuk berkayuh dalam acara berkenaan yang bermula pada hari esok.
Seramai 310 orang peserta dari dalam dan luar negara menyertai acara tersebut yang terdiri daripada 259 lelaki dan 51 wanita. Acara tersebut menggunakan laluan sebenar oleh para jaguh berbasikal LTdL 2024 yang terdiri daripada pelumba dari negara seperti China, Great Britain, German, Russia, Singapura dan Venezula.
Acara ini melibatkan lapan kategori iaitu Men Junior, Men A, Men B, Men C, Men D, Men E, Women Open dan Women Master yang mana pelepasan dijalankan secara serentak di lokasi 'flag-off ' di Pekan Kuah.

Kami dari PDRM melalui JSPT dan Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama pengguna jalan raya khususnya warga tempatan di Langkawi kerana mematuhi arahan daripada pihak polis sepanjang acara berlangsung.
Yang turut hadir memeriahkan majlis, Exco Pelancongan Negeri Kedah, Dato’ Hj. Mohd Salleh Saidin, Pegawai Daerah Langkawi, Encik Mohamad Subhi Abdullah, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Tuan Hj. Abdul Rashid Yaakub dan Pengurus Besar Komunikasi Digital Perhubungan & Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Puan Siti Safarina Amrita Alias.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

 
ArtikelDiterbitkan 28 Sep 2024 7.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM