
Artikel
Ltdl 2023 Peringkat Ketiga Jeli Baling
Baling, 25 September 2023 – Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang kini memasuki Peringkat Ketiga semakin mencabar apabila saingan terarah kepada pere...
Baling, 25 September 2023 – Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang kini memasuki Peringkat Ketiga semakin mencabar apabila saingan terarah kepada perebutan gelaran ‘Raja Bukit’.
Seramai 125 pelumba yang dilepaskan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Jeli mengharungi empat zon pendakian yang mencabar meliputi pendakian di Jeli (774m), Puncak Titiwangsa (1066m), Seri Banding (633m) dan Sungai Rui (455m).
Walaupun keadaan cuaca mendung dan hujan ianya tidak menghalang pihak Polis Diraja Malaysia membuat kawalan lalu lintas demi memastikan aliran trafik lancar dan keselamatan semua pelumba serta pengguna jalan raya lain terkawal.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Konst Muhammad Azri Mohd Sabri