Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ltdl 2023 Peringkat Ketiga Jeli Baling

Published: 25 Sep 2023 3.15 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Baling, 25 September 2023 – Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang kini memasuki Peringkat Ketiga semakin mencabar apabila saingan terarah kepada perebutan gelaran ‘Raja Bukit’.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ltdl-2023-peringkat-ketiga-jeli-baling
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:22 MYT
Baling, 25 September 2023 – Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang kini memasuki Peringkat Ketiga semakin mencabar apabila saingan terarah kepada perebutan gelaran ‘Raja Bukit’.

Seramai 125 pelumba yang dilepaskan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Jeli mengharungi empat zon pendakian yang mencabar meliputi pendakian di Jeli (774m), Puncak Titiwangsa (1066m), Seri Banding (633m) dan Sungai Rui (455m).

Pelumba juga mengharungi dua zon pecut di Jeli (KM9.9) dan Tasik Temenggor (KM79.2) sebelum menamatkan perlumbaan di Jalan Syed Sheh, Baling dengan jarak laluan sejauh 183.1 km.

Walaupun keadaan cuaca mendung dan hujan ianya tidak menghalang pihak Polis Diraja Malaysia membuat kawalan lalu lintas demi memastikan aliran trafik lancar dan keselamatan semua pelumba serta pengguna jalan raya lain terkawal.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Konst Muhammad Azri Mohd Sabri
ArticlePublished 25 Sep 2023 3.15 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM