Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ltdl 2023 Kejohanan Berbasikal Edisi Ke 27 Tahun 2023 Membuka Tirai Hari Ini

Diterbitkan: 23 Sep 2023 2.10 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Terengganu, 23 September 2023 - Perlumbaan basikal berprestij peringkat antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) membuka tirainya hari ini dengan pelepasan perlumbaan peringkat pertama bermula dari Kerteh dan berakhir di Dataran Shahbandar, di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ltdl-2023-kejohanan-berbasikal-edisi-ke-27-tahun-2023-membuka-tirai-hari-ini
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:24 MYT
Kuala Terengganu, 23 September 2023 - Perlumbaan basikal berprestij peringkat antarabangsa, Le Tour de Langkawi (LTdL) membuka tirainya hari ini dengan pelepasan perlumbaan peringkat pertama bermula dari Kerteh dan berakhir di Dataran Shahbandar, di sini, hari ini.

Bagi memastikan perlumbaan edisi kali ini berjalan dengan lancar, Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus komited menjadi sebahagian daripada petugas kejohanan perlumbaan basikal LTdL sepertimana tahun sebelumnya dalam aspek keselamatan dan kawalan lalulintas.

Seramai 14 Pegawai dan 104 Anggota PDRM dari Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah memainkan peranan besar menentukan keselamatan pelumba, peserta konvoi Cavalcade dan petugas-petugas yang terlibat berada dalam keadaan selamat serta terkawal sepanjang LTdL 2023 berlangsung.

Turut hadir mengikuti konvoi perlumbaan tersebut adalah Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, DCP Dato' Mohd Nasri Omar.

LTdL 2023 yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBSMalaysia) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) ini telah menarik penyertaan seramai 132 pelumba dari 22 pasukan berstatus WorldTeam, ProTeam, Continental selain pasukan kebangsaan Malaysia akan bersaing melalui lapan peringkat perlumbaan yang merentasi 11 buah negeri di Semenanjung Malaysia dengan jarak keseluruhan sejauh 1,278.1 kilometer.

Terdahulu, bertempat di Mesra Mall, Kemasik, Terengganu, berlangsungnya acara pelepasan LTdL 2023 yang disempurnakan oleh Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris, kira-kira jam 11.00 pagi tadi sebelum saingan dijangka berakhir di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur 30 September depan.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kemaman, Tuan Che Alias Hamid, Ketua Setiausaha KBS, Tan Sri Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Pengarah MSN, Dato' Ahmad Shapawi Ismail, Ketua JSPT Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, Superintendan Ismail Man dan Ketua Polis Dareah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Konst Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of 4 people and text

May be an image of 5 people, motorcycle, scooter and text

May be an image of 5 people, motorcycle, scooter, road and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 1 person and clarinet

May be an image of 8 people, motorcycle, scooter and text

May be an image of 6 people, scooter, motorcycle and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 10 people and ambulance

May be an image of 5 people and text

May be an image of 7 people

May be an image of 4 people and clarinet

May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 8 people

May be an image of 8 people, motorcycle, scooter, road and text

May be an image of 1 person, motorcycle, scooter, road and text

May be an image of 2 people, motorcycle and text

May be an image of 2 people and text that says 'POLIS'

May be an image of 2 people, motorcycle, road and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 13 people, clarinet and text

May be an image of 4 people, child and text

May be an image of 5 people, ambulance and text
ArtikelDiterbitkan 23 Sep 2023 2.10 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM