Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

LTDL 2020 : PETA LALUAN LE TOUR DE LANGKAWI

Diterbitkan: 12 Feb 2020 11.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Human Voyage menganjurkan Le Tour De Langkawi (LTdL) 2020 yang akan berlangsung mulai 6 Februari 2020 sehingga 15 Februari 2020 dengan penglibatan seramai 132 pelumba tempatan dan antarabangsa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ltdl-2020-peta-laluan-le-tour-de-langkawi-20200212
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:39 MYT

Human Voyage menganjurkan Le Tour De Langkawi (LTdL) 2020 yang akan berlangsung mulai 6 Februari 2020 sehingga 15 Februari 2020 dengan penglibatan seramai 132 pelumba tempatan dan antarabangsa. Kayuhan akan bermula di Padang Merdeka Kota Kinabalu, Sabah, iaitu perlumbaan Kriterium Antarabangsa Malaysia (Malaysia Internasional Criterium Race) sebagai perlumbaan khas bersempena sambutan Jubli Perak LTdL 2020 dan peringkat pertama bermula di Kuching, Sarawak dengan keseluruhan mempunyai 8 peringkat sebelum berakhir di Pulau Langkawi, Kedah dengan acara baharu diperkenalkan iaitu perlumbaan Klasik Antarabangsa Malaysia (Malaysia International Classic Race) sebagai penutup perlumbaan dengan jarak keseluruhan sejauh 1441 kilometer.

Penutupan jalan dan lencongan secara berperingkat untuk semua jenis kenderaan akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melancarkan pergerakan lalu lintas dan keselamatan di lokasi dan laluan yang terlibat.

Peringkat 7 : Bagan – Alor Setar (130.4km)
Tarikh : 13/02/2020 (Khamis)
Lokasi Pelepasan : Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi, Bagan, Pulau Pinang
Masa Pelepasan : 9.00 pagi
Lokasi Penamat : Menara Alor Setar, Kedah
Jangkaan Masa Sampai : 12.15 tengahari
Kontinjen Terlibat : Pulau Pinang dan Kedah
Daerah Terlibat : Seberang Perai Utara, Kuala Muda, Yan, Pendang dan Kota Setar

Antara kawasan-kawasan yang akan dilalui :-

Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi – Bagan – Bagan Jermal – Bagan Ajam – Telok Air Tawar – Titi Mukim - Kepala Batas – Lahar Ikan Mati – Bumbung Lima – Kg. Jambatan Merdeka – Sg. Petani – Gurun – Guar Cempedak – Pokok Tai – Pondok Chegar – Pendang – Alor Punti – Alor Pudak – Langgar – Kepala Batas – Titi Gajah – Anak Bukit – Mentaloon – Alor Merah – Lebuhraya Darul Aman – Menara Alor Setar.

Lokasi permulaan dan penamat bagi semua peringkat perlumbaan akan ditutup 2 jam lebih awal sebelum dan selepas pelepasan bagi kerja-kerja pemasangan dan membuka peralatan khemah dan pentas. Manakala lokasi laluan akan ditutup sejam atau seminima masa yang boleh mengikut keadaan tempat berkenaan lebih awal bagi mengubah, melencong atau mengalih setiap halangan yang dikenal pasti oleh petugas trafik pada masa perlumbaan sedang berlangsung.

Laluan tapak permulaan akan ditutup secara berperingkat mulai jam 7.00 pagi bagi perlepasan peserta pada jam 9.00 pagi.

Lokasi penamat akan ditutup sepanjang program berlangsung sehingga ketibaan peserta pelumbaan pada jam 12.15 tengahari di Menara Alor Setar dan laluan perlumbaan akan ditutup mulai jam 9.30 pagi.

Pemakluman kepada orang ramai

• Memberi kerjasama serta mematuhi segala arahan anggota polis yang bertugas semasa acara berlangsung agar tiada sebarang halangan lalu lintas di sepanjang laluan perlumbaan.

• Merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi memudahkan perjalanan dan mengelakkan sebarang kesulitan.

• Segala operasi penutupan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat yang dijangka 30 minit sebelum peserta perlumbaan melalui laluan di lokasi yang ditetapkan.

• Pastikan tiada halangan atau meletakkan kenderaan secara statik di sepanjang laluan perlumbaan.

• Semua pengguna jalan raya perlu mengikuti perkembangan maklumat penutupan jalan dan lencongan berperingkat di kawasan terbabit melalui hebahan media negeri masing-masing bagi memberi laluan kepada perlumbaan Le Tour de Langkawi 2020.

Image may contain: text and outdoor

No photo description available.

No photo description available.
ArtikelDiterbitkan 12 Feb 2020 11.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM