Kini sedang berlangsungnya Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan Julai 2025 yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Gemilang, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya.
Ia turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang mewakili Ketua Polis Negara bersama barisan Pengarah PDRM.
