Kini sedang berlangsungnya program PDRM Special Dialogue II 2024 bersama Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, DCP Datuk Zainudin Ahmad, Timbalan Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) JSJN Bukit Aman, DCP Mohd Zani Che Din dan Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Perhubungan Antarabangsa), JSJN Bukit Aman, SAC Mohd Rozi Jidin sebagai panel dan Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Siasatan), JSJN Bukit Aman, SAC Mazleen Mohd Nasir sebagai moderator dengan kupasan tajuk "Technology on Crimes, The Challenges" dan "Evolution Of The Drug Situation In Malaysia" bertempat di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.
Objektif penganjuran program ini bagi menyebar luas peranan dan fungsi JSJN selain memperkasa serta memupuk jalinan kerjasama antara JSJN dengan agensi-agensi penguatkuasa lain dalam menghadapi cabaran menangani jenayah narkotik yang semakin kompleks.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
Link Pautan:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid0CGVM3HpZHVdd1iYmrEWKiifaQ5YWuMzU2eNxanbHYVYmK1wiFFZnhAqaNbzkYaRgl
