Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lima Remaja Terlibat Dadah Ditahan

Published: 06 Jul 2015 10.32 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 6 Julai - Lima remaja lelaki berusia antara 13 dan 16 tahun yang disyaki penagih dadah ditahan polis di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-remaja-terlibat-dadah-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:44 MYT


Kuantan, 6 Julai - Lima remaja lelaki berusia antara 13 dan 16 tahun yang disyaki penagih dadah ditahan polis di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata, lima remaja terbabit ditahan semasa polis melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan perumahan di Taman Tas dekat sini.

"Dalam kejadian pukul 2 petang itu, lima remaja terbabit dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah rumah di kawasan itu.

"Polis kemudian menahan mereka bagi tujuan pemeriksaan rutin," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata ujian awal saringan air kencing mendapati kesemua remaja itu positif dadah.

Katanya kesemua suspek dibawa ke balai untuk siasatan lanjut di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

- BERNAMA

ArticlePublished 06 Jul 2015 10.32 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM