Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lima Pegawai Dan Anggota Operatif Berjaya Kibar Bendera Utk Sang Saka Biru Di Puncak Gunung Kinabalu

Diterbitkan: 02 Feb 2020 1.46 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seramai lima pegawai dan anggota operatif Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya dalam program mengibarkan bendera UTK dan Sang Saka Biru pada puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lima-pegawai-dan-anggota-operatif-berjaya-kibar-bendera-utk-sang-saka-biru-di-puncak-gunung-kinabalu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 02:09 MYT

Kota Kinabalu, 2 Februari 2020 – Seramai lima pegawai dan anggota operatif Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya dalam program mengibarkan bendera UTK dan Sang Saka Biru pada puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu, di sini, semalam.

Program tersebut bersempena ulang tahun ke-45 penubuhan UTK sebagai pasukan elit dalam melaksanakan operasi berprofil tinggi, antaranya menangani kes penculikan dan berdepan musuh bersenjata.

Berpegang kepada slogan UTK iaitu "Keep Our Flag Flying High", ia menjadi perangsang dan kata semangat buat Inspektor Alias Amiruddin, Sarjan Fairuz Mohd Yasin, Koperal Riduan Utoh, Koperal Amin Zafri Nasiruddin dan Konstabel Muhammad Jasli Ahmad Jais bagi memastikan misi tersebut berjaya dilaksanakan.

Menurut komandernya SAC Tuan Mohd Khairi Khairudin, program sebegitu mampu memberi pengalaman yang luar biasa dan berharga kepada para peserta selain dapat meningkatkan tahap kesihatan tubuh serta kecerdasan minda untuk menjadi lebih produktif dalam tugas.

“Ia merupakan antara aktiviti sihat dan perlu diteruskan agar UTK boleh menawan dan mengibarkan bendera di gunung-gunung terkenal yang terdapat di seluruh Malaysia," ujar beliau.

Program turut diselitkan dengan pengagihan 100 bungkus makanan kepada golongan gelandangan dan musafir sekitar Kota Kinabalu sebaik sahaja para peserta selamat turun dari gunung yang memiliki ketinggian 4,095 meter itu.

"Jumlah bukan menjadi kayu pengukur, namun yang lebih penting adalah keprihatinan kita kepada golongan ini dan rezeki yang ada perlu dikongsi bersama," ujar salah seorang peserta program.

Image may contain: 3 people, people standing and outdoor

Image may contain: 5 people, sky, outdoor and nature

Image may contain: 5 people, people standing, sky and outdoor

Image may contain: 5 people, people standing, mountain, outdoor and nature

Image may contain: 1 person, standing, outdoor and nature

Image may contain: 5 people, people standing

Image may contain: 5 people, people on stage, people standing and outdoor, text that says 'SEL SELAMAT KEMBALI WELCOME BACK You are Successful Climbers

Image may contain: 3 people, people standing

Image may contain: 1 person, sitting

Image may contain: one or more people, people sitting, shoes and indoor

Image may contain: 1 person
ArtikelDiterbitkan 02 Feb 2020 1.46 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM