
Article
Lima 25 Timbalan Kpn Teruskan Lawatan Ke Reruai Inovasi Keselamatan Dan Pertahanan
Langkawi, 21 Mei 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, meneruskan lawatan beliau ke beberapa reruai pameran...
Langkawi, 21 Mei 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, meneruskan lawatan beliau ke beberapa reruai pameran inovasi keselamatan dan pertahanan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang sedang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), hari ini.
Antara reruai tempatan yang menarik perhatian beliau ialah Telekom Malaysia, yang memperkenalkan inovasi teknologi robotik pintar berasaskan haiwan. Teknologi tersebut dibangunkan bagi menyokong tugasan peninjauan dan pengumpulan data awal di kawasan bencana atau zon konflik, tanpa melibatkan tenaga manusia secara langsung.
Lawatan itu turut meliputi reruai syarikat pertahanan antarabangsa seperti SZ DJI Technology Co. Ltd., Rosoboronexport, BrahMos dan beberapa firma lain yang mempamerkan teknologi serta sistem terkini dalam bidang keselamatan, pertahanan serta aeroangkasa.
Mengiringi Dato’ Sri Ayob Khan dalam lawatan tersebut ialah Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Kedah, SAC Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal, Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari serta beberapa pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.