Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lightitblue Pgu Tinjau Program Limpahan Lampu Biru Solidariti Buat Frontliners

Published: 30 Apr 2020 11.42 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Subang Jaya, 1 Mei 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Subang membuat tinjauan khas Program Limpahan Lampu Biru tanda solidariti buat para petugas barisan hadapan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lightitblue-pgu-tinjau-program-limpahan-lampu-biru-solidariti-buat-frontliners
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:43 MYT

Subang Jaya, 1 Mei 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Subang membuat tinjauan khas Program Limpahan Lampu Biru tanda solidariti buat para petugas barisan hadapan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan, malam tadi.

Tinjauan khas menggunakan dua helikopter jenis AgustaWestland AW139 bersama "team" media sosial Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) itu berlangsung di sekitar ibu kota. 

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan program penghargaan buat para petugas barisan hadapan atau "frontliners" yang berkhidmat dalam menangani wabak COVID-19 itu akan berlangsung sehingga 3 Mei depan.

Tujuan utamanya adalah sebagai tanda ucapan terima kasih kerajaan terhadap pengorbanan, kecekalan, kesungguhan, jasa dan keringat "frontliners" sama ada di sektor awam atau swasta serta sukarelawan yang bertugas tanpa sempadan untuk rakyat Malaysia.

Kru PGU tadi diketuai oleh Timbalan Komander (Operasi) PGU, SAC Tuan Noor Sham Md Jani selaku Kapten bersama Superitendan Penerbangan Helikopter, Superitendan Mohd Fairuz Jamil dan ASP Penerbangan Helikopter, ASP Shahritz Shaharuddin serta ASP Mohammad Firdaus Rosli, selaku Pembantu Juruterbang. 

Turut sama ialah Pemeriksa Pemerhati Udara, Sub Inspektor Borahan Bejo, Sarjan Rahman Muhamad Yusoff, Koperal Jagjeet Kaur dan Lans Koperal Noorhayati Md Saad.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: night, sky, skyscraper and outdoor
Antara bangunan yang turut serta dalam Program Limpahan Lampu Biru sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Image may contain: skyscraper, night, sky and outdoor
Antara bangunan yang turut serta dalam Program Limpahan Lampu Biru sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Image may contain: night, sky, shoes, bridge and outdoor
Jambatan Saloma turut serta dalam Program Limpahan Lampu Biru.

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor
Timbalan Komander (Operasi) PGU, SAC Tuan Noor Sham Md Jani selaku Kapten menyampaikan taklimat penugasan sebelum memulakan penerbangan.

 
Image may contain: one or more people, night and outdoor
Sekitar sesi taklimat.
 
Image may contain: skyscraper, night, sky and outdoor
Menara Tun Razak Exchange turut serta dalam Program Limpahan Lampu Biru.
 
Image may contain: night, skyscraper and outdoor Menara Maybank dan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut serta dalam Program Limpahan Lampu Biru.
 
Image may contain: night, sky, bridge and outdoor
Masjid Negara turut serta dalam Program Limpahan Lampu Biru.
 
Image may contain: night, sky, skyscraper and outdoor
Menara Kuala Lumpur turut serta dalam Program Limpahan Lampu Biru.
 
Image may contain: night and outdoor
Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut serta dalam Program Limpahan Lampu Biru.
ArticlePublished 30 Apr 2020 11.42 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM