
Article
Letsfightscammertogether Besmartstayalert Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Usah Terpedaya Helah Tebus Kredit Emadani
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, meskipun tiada laporan diterima berkaitan penipuan program eMADANI, lang...
Kuala Lumpur, 6 Disember 2023 - Orang ramai diingatkan tidak terpedaya dengan tawaran perkhidmatan di media sosial, terutama berkaitan penebusan kredit eMADANI kepada wang tunai.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, meskipun tiada laporan diterima berkaitan penipuan program eMADANI, langkah berwaspada wajar diambil oleh orang awam.
“Selaras pengumuman kerajaan berkaitan program eMADANI yang bermula pendaftarannya semalam (kelmarin), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan masyarakat agar berwaspada bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
“Justeru, PDRM menggesa pendaftaran program eMADANI dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan e-dompet Touch ‘n Go.
“Pengguna juga dinasihat untuk tidak menekan sebarang pautan daripada mana-mana iklan atau e-mel,” katanya menerusi kenyataan, semalam.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.