Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lesen Memandu Percubaan

Published: 11 Feb 2019 8.17 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Pemegang lesen memandu percubaan wajib mematuhi syarat-syarat ini semasa memandu di atas jalan raya: i. Membawa lesen memandu percubaan ketika memandu ii. Memastikan kandungan alkohol dalam nafas, darah atau air kencing pada tahap 0.00% iii. Mempamerkan tanda pengenalan (pelekat) ‘P’ di hadapan dan di belakang kenderaan Bagi kenderaan motor selain motosikal, pelekat ‘P’ perlu dipamerkan di bahagian atas sebelah kiri
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lesen-memandu-percubaan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:58 MYT
Pemegang lesen memandu percubaan wajib mematuhi syarat-syarat ini semasa memandu di atas jalan raya:

i. Membawa lesen memandu percubaan ketika memandu

ii. Memastikan kandungan alkohol dalam nafas, darah atau air kencing pada tahap 0.00%

iii. Mempamerkan tanda pengenalan (pelekat) ‘P’ di hadapan dan di belakang kenderaan

Bagi kenderaan motor selain motosikal, pelekat ‘P’ perlu dipamerkan di bahagian atas sebelah kiri cermin hadapan dan di bahagian atas sebelah kiri cermin belakang. Manakala bagi motosikal, di atas atau bawah lampu hadapan dan di bahagian atas atau bawah nombor plat pendaftaran bahagian belakang.

Seseorang pemegang lesen memandu percubaan yang didapati melanggar mana-mana syarat yang dinyatakan di atas, adalah melakukan kesalahan di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992 (Kaedah 15A) dan juga boleh didakwa di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika sabit kesalahan, bagi kesalahan pertama boleh didenda RM2,000 atau enam bulan penjara. Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya boleh didenda RM4,000 atau 12 bulan penjara atau kedua-duanya.
ArticlePublished 11 Feb 2019 8.17 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM