Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Terlibat Kes Samun Ditahan

Published: 05 Jul 2015 12.20 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 5 Julai- Seorang suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes samun bulan lepas diberkas di rumahnya di Felda Bukit Goh dekat sini malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-terlibat-kes-samun-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:08 MYT

Kuantan, 5 Julai- Seorang suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes samun bulan lepas diberkas di rumahnya di Felda Bukit Goh dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata suspek berusia 38 tahun ditahan pada pukul 9 malam.

Beliau berkata suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau termasuk membabitkan kesalahan dadah.

Tiga lagi suspek yang terbabit dalam kes samun itu sedang diburu, katanya.

Keempat-empat mereka memecah masuk sebuah rumah di Lorong Peramu dekat sini kira-kira pukul 10.50 malam dan menyerang mangsa sebelum melarikan RM20,000 serta telefon bimbit.

Sementara itu Abdul Aziz bekata tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti penagihan dadah diberkas di kawasan perumahan PPRT Kampung Jaya Gading di sini malam tadi.- BERNAMA

ArticlePublished 05 Jul 2015 12.20 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM