Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lelaki Miliki Dadah Langgar Kereta Polis Diberkas Di Kedah

Published: 22 Jun 2015 2.30 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Cubaan seorang lelaki melarikan diri dengan memecut kereta Proton Wira termasuk melanggar kenderaan polis gagal apabila kereta dipandunya terbabas lalu melanggar tiang lampu di Jalan Kodiang, Jitra, Kedah semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-miliki-dadah-langgar-kereta-polis-diberkas-di-kedah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:54 MYT


Cubaan seorang lelaki melarikan diri dengan memecut kereta Proton Wira termasuk melanggar kenderaan polis gagal apabila kereta dipandunya terbabas lalu melanggar tiang lampu di Jalan Kodiang, Jitra, Kedah semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd. Rahim Abdullah memberitahu dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, dua anggota polis peronda (MPV) bertindak mengekori sebuah kereta Proton Wira dipandu suspek dari arah Bukit Wang menghala Taman Suria, Jitra.

Suspek tidak memberhentikan keretanya walaupun diarahkan oleh polis dan terus memecut dan melanggar bahagian belakang kereta polis Proton Waja.

Sumber : Kosmo

Lelaki Miliki Dadah Langgar Kereta Polis Diberkas Di Kedah
ArticlePublished 22 Jun 2015 2.30 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM