Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Legasiseragambiru Sub Inspektor Salihuddin Bin Saisi

Diterbitkan: 07 Sep 2019 10.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Sub Inspektor (SI) Salihuddin Bin Saisi dilahirkan pada 7 Januari 1950 di Tapah, Perak. Beliau telah memulakan perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 8 Jun 1969 dan menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormatan Panglima Gagah Berani dianugerahkan kepada SI Salihuddin pada 1 Jun 1978 oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke VI, Al-Marhum Tuanku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim bagi menghargai tindakan gagah berani dan semangat keperwiraan yang ditunjukkan dalam satu operasi menggagalkan cubaan pengganas Komunis meletupkan bom tangan untuk mencederakan anggota keselamatan pada 28 Januari 1978.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/legasiseragambiru-sub-inspektor-salihuddin-bin-saisi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:13 MYT
Sub Inspektor (SI) Salihuddin Bin Saisi dilahirkan pada 7 Januari 1950 di Tapah, Perak. Beliau telah memulakan perkhidmatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 8 Jun 1969 dan menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis Jalan Gurney, Kuala Lumpur. Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormatan Panglima Gagah Berani dianugerahkan kepada SI Salihuddin pada 1 Jun 1978 oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke VI, Al-Marhum Tuanku Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim bagi menghargai tindakan gagah berani dan semangat keperwiraan yang ditunjukkan dalam satu operasi menggagalkan cubaan pengganas Komunis meletupkan bom tangan untuk mencederakan anggota keselamatan pada 28 Januari 1978.

Pada tarikh tersebut, jam 11.00 pagi, beliau yang pada ketika itu berpangkat Koperal bertugas di Cawangan Khas IPK Kuala Lumpur bersama 8 anggota membuat gerakan untuk menangkap anasir subversif dari Kumpulan Pembebasan yang menyembunyikan diri di Sekolah Tinggi Tsun Jin, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. Ketika dalam gerakan mengepung, SI Salihuddin terdengar satu bunyi letupan yang kuat di belakang kantin lalu beliau bergegas ke lokasi berkenaan dan mendapati salah seorang daripada ahli kumpulan itu cuba melarikan diri ke kawasan perumahan Jalan San Peng, Kuala Lumpur.

Tanpa rasa takut, SI Salihuddin terus melepaskan 3 das tembakan meyebabkan lelaki tersebut jatuh. Ketika anggota polis yang lain datang untuk membantu, SI Salihuddin ternampak lelaki berkenaan cuba membaling sebutir bom tangan kepada anggota polis. Dengan beraninya, SI Salihuddin cuba merampas bom berkenaan sambil memberi amaran kepada rakan sepasukannya agar mencari tempat perlindungan. SI Salihuddin mengambil tindakan nekad dengan menolak pemuda Cina tersebut dan melepaskan satu das tembakan sehingga menyebabkan bom tangan tersebut terlepas dari genggaman pemuda itu lalu meletup. Tindakan SI Salihuddin yang gagah berani ini telah berjaya menyelamatkan rakan-rakan sejawatnya dari ditimpa kecelakaan.

“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#LegasiPejuangSeragamBiru

11
ArtikelDiterbitkan 07 Sep 2019 10.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM