Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Legasiseragambiru Inspektor Gunasegaran Naidu A L Ratinum

Diterbitkan: 19 Sep 2019 3.11 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Semasa Inspektor (Insp.) Gunasegaran Naidu mengetuai satu Platun Senoi Praaq dalam "Gerakan Bamboo" di Sempadan Negeri Perak-Kelantan pada 9 Jun 1980, platunnya telah bertembung dengan sekumpulan pengganas komunis. Ketika sedang mengkaji kedudukan kumpulan pengganas komunis tersebut untuk melancarkan serangan, tanpa disedari beliau telah memasuki kawasan musuh dan berada dalam keadaan bahaya. Tanpa rasa gentar dan takut, beliau terus melepaskan tembakan kepada pengganas komunis tersebut sebelum bantuan daripada platunnya tiba. Dalam pertempuran yang hebat itu, Insp. Gunasegaran telah ditembak di bahagian dada lalu mengakibatkan beliau tersungkur menyembah bumi. Pun begitu, beliau masih lagi menunjukkan sifat gagah berani apabila terus bangkit dan berjaya membunuh seorang lagi pengganas komunis. Akibat menanggung kecederaan yang parah, Insp. Gunasegaran telah meninggal dunia lima jam kemudian.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/legasiseragambiru-inspektor-gunasegaran-naidu-a-l-ratinum
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:59 MYT

Semasa Inspektor (Insp.) Gunasegaran Naidu mengetuai satu Platun Senoi Praaq dalam "Gerakan Bamboo" di Sempadan Negeri Perak-Kelantan pada 9 Jun 1980, platunnya telah bertembung dengan sekumpulan pengganas komunis. Ketika sedang mengkaji kedudukan kumpulan pengganas komunis tersebut untuk melancarkan serangan, tanpa disedari beliau telah memasuki kawasan musuh dan berada dalam keadaan bahaya. Tanpa rasa gentar dan takut, beliau terus melepaskan tembakan kepada pengganas komunis tersebut sebelum bantuan daripada platunnya tiba. Dalam pertempuran yang hebat itu, Insp. Gunasegaran telah ditembak di bahagian dada lalu mengakibatkan beliau tersungkur menyembah bumi. Pun begitu, beliau masih lagi menunjukkan sifat gagah berani apabila terus bangkit dan berjaya membunuh seorang lagi pengganas komunis. Akibat menanggung kecederaan yang parah, Insp. Gunasegaran telah meninggal dunia lima jam kemudian.

Ketabahan dan kecekalan Insp. Gunasegaran dalam merancang dan bertindak menghapuskan musuh tanpa menghiraukan keselamatan diri sehingga nyawanya tergadai mendapat penghargaan apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke VII, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah mengurniakan Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat Panglima Gagah Berani pada 3 Jun 1981.

“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#LegasiPejuangSeragamBiru

Image may contain: 1 person, text
ArtikelDiterbitkan 19 Sep 2019 3.11 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM