Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Legasipejuangseragambiru Sarjan Mohd Aziz Bin Mohd Yusof

Published: 22 Sep 2019 11.36 AM Updated: 23 Sep 2026 3.58 PM
Sarjan Mohd. Aziz memulakan perkhidmatannya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Ogos 1969 dan ditempatkan di Batalion 3, Pasukan Polis Hutan (PPH), Kulim, Kedah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/legasipejuangseragambiru-sarjan-mohd-aziz-bin-mohd-yusof
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:43 MYT

Sarjan Mohd. Aziz memulakan perkhidmatannya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Ogos 1969 dan ditempatkan di Batalion 3, Pasukan Polis Hutan (PPH), Kulim, Kedah.

Menyingkap sejarah keberaniannya, iaitu pada Februari 1981 semasa Sarjan Mohd. Aziz bertugas sebagai Konstabel Detektif dari Unit Operasi Cawangan Khas Bukit Aman telah mengetuai lapan angggotanya dalam satu operasi khas untuk membanteras seramai 10 pengganas komunis yang menjadikan kawasan Sungai Tempoyang, Kuala Lipis, Pahang sebagai tempat untuk menjalankan agenda mereka. Dalam Operasi tersebut, Sarjan Mohd. Aziz berjaya mengumpan dan memerangkap pengganas komunis berkenaan sehinggakan mereka tidak sempat untuk bertindak balas serta menyerah diri.

Kebijaksanaan susun atur strategi oleh Sarjan Mohd. Aziz ini sekaligus berjaya melumpuhkan Unit Penggempur Ke-16 dan menghalang pengganas komunis daripada meluaskan kawasan operasinya ke sempadan Pahang–Kelantan. Sarjan Mohd. Aziz kemudiannya dianugerahkan Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat Panglima Gagah Berani oleh Seri Paduka Baginda di-Pertuan Agong Ke VII, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah pada 3 Jun 1981.

“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#LegasiPejuangSeragamBiru

Imej mungkin mengandungi: 1 orang

ArticlePublished 22 Sep 2019 11.36 AMUpdated 23 Sep 2026 3.58 PM