
Legasipejuangseragambiru Koperal Mohd Tarmizi Hashim
Koperal (Kpl) Mohd. Tarmizi Hashim dilahirkan pada 10 Mac 1981 di Tumpat, Kelantan. Beliau mula berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 April 2004 sebagai Konstabel Percubaan. Sejurus tamat menjalani latihan asas kepolisan, Kpl Mohd. Tarmizi ditempatkan untuk bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya sebelum menyertai Unit 69 Komando PDRM pada 1 Disember 2005.
Kpl Mohd. Tarmizi merupakan salah seorang wira negara yang bertempur secara langsung dengan Tentera Diraja Kesultanan Sulu atau lebih dikenali sebagai Royal Sulu Force (RSF) yang menceroboh Kampung Tanduo, Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah semasa penugasan Op Sulu pada tahun 2013.
Bagi menghargai jasa dan sifat keberanian Kpl Mohd. Tarmizi kepada negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke XIV Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mengurniakan anugerah Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat Panglima Gagah Berani kepada beliau pada 2 Disember 2014.
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#LegasiPejuangSeragamBiru