
Legasipejuangseragambiru Koperal Mohd Salleh Abd Razak
Koperal (Kpl) Mohd. Salleh Abd. Razak dilahirkan pada 24 Januari 1963 di Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka. Beliau mula berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 12 Januari 1986 sebagai Konstabel Percubaan. Sejurus tamat menjalani latihan asas, Kpl Mohd. Salleh ditempatkan untuk bertugas di Sekolah Latihan Pasukan Gerakan Am (SLPGA) Ulu Kinta, Perak sebelum menyertai Unit 69 Komando PDRM.
Kpl Mohd. Salleh merupakan salah seorang wira negara yang bertempur secara langsung dengan Tentera Diraja Kesultanan Sulu atau lebih dikenali sebagai Royal Sulu Force (RSF) yang menceroboh Kampung Tanduo, Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah semasa penugasan Op Sulu pada tahun 2013.
Bagi menghargai jasa dan sifat keberanian Kpl Mohd. Salleh kepada negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke XIV Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mengurniakan anugerah Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat Panglima Gagah Berani kepada beliau pada 2 Disember 2014.
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#LegasiPejuangSeragamBiru