Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Legasipejuangseragambiru Koperal Mohd Azrul Tukiran

Published: 04 Feb 2020 12.49 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Koperal (Kpl) Mohd Azrul Tukiran dilahirkan pada 23 September 1986 di Rantau Panjang, Klang, Selangor. Beliau mula berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 15 Jun 2006 sebagai Konstabel dan menjalani latihan asas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan. Sejurus tamat menjalani latihan, Kpl Azrul telah ditempatkan di Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA), Tawau, Sabah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/legasipejuangseragambiru-koperal-mohd-azrul-tukiran
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:24 MYT

#LegasiPejuangSeragamBiru KOPERAL MOHD AZRUL TUKIRAN

Koperal (Kpl) Mohd Azrul Tukiran dilahirkan pada 23 September 1986 di Rantau Panjang, Klang, Selangor. Beliau mula berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 15 Jun 2006 sebagai Konstabel dan menjalani latihan asas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan. Sejurus tamat menjalani latihan, Kpl Azrul telah ditempatkan di Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA), Tawau, Sabah.

Tanggal 2 Mac 2013, Kpl Mohd Azrul yang pada ketika itu berpangkat Lans Koperal telah menyertai satu operasi khas yang diketuai oleh Allahyarham ACP Ibrahim Lebar bagi mengesan dan menangkap anggota penceroboh Tentera Diraja Kesultanan Sulu atau lebih dikenali sebagai Royal Sulu Force (RSF) di Kampung Simunul, Semporna, Sabah.

Ketika proses pemeriksaan dilakukan, Kpl Mohd Azrul dan rakan sepasukan telah diserang hendap dengan senjata api dan parang Barong oleh penceroboh RSF yang bersembunyi dalam beberapa rumah penduduk di kampung air berkenaan. Malangnya, beliau terkorban akibat terkena tembakan rambang penceroboh yang datang dari pelbagai arah.

Bagi menghargai jasa dan sifat keperwiraan Allahyarham Kpl Mohd Azrul kepada negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke XIV Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mengurniakan anugerah Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat Panglima Gagah Berani kepada beliau pada 2 Disember 2014. Allahyarham Kpl Mohd Azrul turut dinaikkan pangkat secara medan daripada Lans Koperal kepada Koperal pada Sambutan Hari Polis ke-206. Jenazah Allahyarham Kpl Mohd Azrul telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, Klang, Selangor.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#LegasiPejuangSeragamBiru

Image may contain: 1 person, text

ArticlePublished 04 Feb 2020 12.49 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM