Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Legasipejuangseragambiru Cif Inspektor Voon Ken Hong

Published: 18 Oct 2019 8.23 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Cif Inspektor Voon Ken Hong dilahirkan pada 24 April 1957 di Kuala Kangsar, Perak. Beliau mula berkhidmat dalam pasukan polis pada 12 Mei 1979 dan menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Beliau telah bersara atas pilihan sendiri pada 26 Julai 1997.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/legasipejuangseragambiru-cif-inspektor-voon-ken-hong
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:16 MYT

Cif Inspektor Voon Ken Hong dilahirkan pada 24 April 1957 di Kuala Kangsar, Perak. Beliau mula berkhidmat dalam pasukan polis pada 12 Mei 1979 dan menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Beliau telah bersara atas pilihan sendiri pada 26 Julai 1997.

Ketika bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman, Cif Inspektor Voon Ken Hong merupakan salah seorang yang dipertanggungjawabkan untuk memberkas Ketua Unit Penggempur ke-6 Parti Komunis Malaya (PKM), Chor Chor bersama sekutunya dalam sebuah operasi merbahaya yang dikenali sebagai “Op Taloong” di kawasan Mentakab, Pahang pada 12 Mac 1988.

Operasi yang berlangsung selama empat bulan tersebut merupakan operasi pemburuan habis-habisan terhadap kubu kuat pengikut Chong Chor melibatkan negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Pahang. Setiap hari tanpa mengira siang atau malam, sudah pasti ada sahaja tangkapan yang dilakukan. Tanpa menghiraukan keselematan diri sendiri, Cif Inspektor Voon Ken Hong berjaya memberkas Chong Chor tanpa melibatkan sebarang pertumpahan darah.

Sifat keberanian dan keperwiraan Cif Inspektor Voon Ken Hong telah melayakkan beliau menerima anugerah Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat Panglima Gagah Berani pada 5 Jun 1989 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke IX, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Gafarullahu-lah.

Bacaan lanjut mengenai Operasi Taloong seperti di pautan berikut https://www.facebook.com/…/a.227332959267…/2411248188885474…

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#LegasiPejuangSeragamBiru

Image may contain: 1 person

ArticlePublished 18 Oct 2019 8.23 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM