Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Legasipejuangseragambiru Asp Zulkifli Mamat

Diterbitkan: 05 Jan 2020 7.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Asisten Superintendan Polis (ASP) Zulkifli Mamat dilahirkan pada 19 Oktober 1984 di Besut, Terengganu. Beliau mula berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 November 2006 sebagai Inspektor dan menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Sejurus tamat menjalani latihan asas, ASP Zulkifli telah menyertai Pasukan Gerakan Khas (PGK), 69 Komando.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/legasipejuangseragambiru-asp-zulkifli-mamat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:04 MYT

Asisten Superintendan Polis (ASP) Zulkifli Mamat dilahirkan pada 19 Oktober 1984 di Besut, Terengganu. Beliau mula berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 November 2006 sebagai Inspektor dan menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Sejurus tamat menjalani latihan asas, ASP Zulkifli telah menyertai Pasukan Gerakan Khas (PGK), 69 Komando.

Menyingkap sejarah keperwiraan beliau, iaitu pada 1 Mac 2013, ASP Zulkifli yang ketika itu berpangkat Inspektor (Insp.) telah menyertai Charlie Team dalam operasi khas untuk membuat kepungan rapat ke atas penceroboh Tentera Diraja Kesultanan Sulu atau lebih dikenali sebagai Royal Sulu Force (RSF) di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Ketika menyusur masuk ke lokasi musuh, Charlie Team telah dikepung dan diserang dengan menggunakan senjata-senjata berat. Tindak balas segera dilakukan bagi membalas serangan dan mempertahankan kedaulatan negara. Dalam pertempuran tersebut, ASP Zulkifli telah terkena tembakan musuh dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bagi menghargai jasa dan sifat keperwiraan Allahyarham ASP Zulkifli kepada negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke XIV Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mengurniakan anugerah Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat Panglima Gagah Berani kepada beliau pada pada 2 Disember 2014. Allahyarham ASP Zulkifli turut dinaikkan pangkat secara medan (field promotion) daripada Insp. kepada ASP pada Sambutan Hari Polis ke-206.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#LegasiPejuangSeragamBiru

Image may contain: 1 person
ArtikelDiterbitkan 05 Jan 2020 7.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM