
Lebih 800 Warga Pdrm Meriahkan Hari Sukan Negara Peringkat Bukit Aman
Kuala Lumpur, 12 Oktober 2019 – Seramai 820 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdiri daripada pegawai kanan, anggota dan pegawai awam menjayakan Hari Sukan Negara Peringkat Bukit Aman di Dataran Kompleks 3, Bukit Aman, pagi tadi.
Majlis yang telah dirasmikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador itu adalah usaha PDRM menyahut saranan kerajaan dalam menggalakkan warganya bersukan selaras dengan sambutan Bulan Sukan Negara yang membuka tirainya pada 1 Oktober lalu.
Memetik ucapannya sempena program tersebut, Tan Sri Abdul Hamid berkata, amalan gaya hidup sihat di kalangan warga PDRM perlu diutamakan kerana tugas kepolisan yang cukup mencabar menuntut agar mereka memiliki fizikal yang sihat, cergas dan cerdas.
“Justeru, bagi mengimbangi keperluan melahirkan warga PDRM yang sihat seiring kemampuan pasukan di persada sukan, Majlis Sukan PDRM ditubuhkan bagi mengendalikan sebarang hal berkaitan pengurusan serta pembangunan sukan dan rentetan itu, PDRM berjaya melahirkan jaguh-jaguh sukan yang hebat dan bertaraf antarabangsa,” tambahnya.
Terdahulu, acara yang bermula seawal jam 8 pagi itu sarat dengan pelbagai aktiviti seperti larian sejauh 5.5 kilometer, acara berbasikal, petanque, futsal serta sepak raga ratus yang mana merupakan sukan ikonik dan kegemaran rakyat Malaysia.
Turut hadir, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), CP Dato' Ramli Din, Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi), ACP Mohd Sukri Kaman, Setiausaha Majlis Sukan PDRM, Superintenden Muhammad Najib Hamzah, pegawai-pegawai kanan, warga kerja PDRM Bukit Aman serta rakan media.
Sekitar gimik perasmian yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Pelepasan mula aktivti larian 5.4 km oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Ucapan perasmian oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Sekitar aktiviti senamrobik sempena Hari Sukan NegaraPeringkat Bukit Aman.
Sekitar aktiviti senamrobik sempena Hari Sukan Negara Peringkat Bukit Aman.
Pelepasan para peserta berbasikal Hari Sukan Negara Peringkat Bukit Aman oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Sekitar aktiviti larian 5.4 km sempena Hari Sukan Negara Peringkat Bukit Aman.
Sekitar aktiviti futsal lelaki dan wanita sempena Hari Sukan Negara Peringkat Bukit Aman.
Sekitar aktiviti petanque sempena Hari Sukan Negara Peringkat Bukit Aman,
Bergambar kenangan.
Bergambar kenangan.