
Artikel
Lebih 50 Peserta Sertai Pertandingan Menembak Persahabatan Sempena Jpcc
Cheras, 29 September 2022 - Seramai 56 peserta terdiri daripada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kepolisian Negara Republik Indonesia (Di...
Cheras, 29 September 2022 - Seramai 56 peserta terdiri daripada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Kepolisian Negara Republik Indonesia (Divisi Humas Polri) memeriahkan Program Menembak 13th Joint Police Cooperation Commitee (JPCC) 2022 di Lapang Sasar Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk acara menembak kategori individu, "center fire", "rapid fire" dan "bull’s eye shooting”. Manakala acara "team shoot-off" pula diadakan bagi kategori berkumpulan.
Sesi penyampaian hadiah dan cenderahati tadi disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali diiringi Komander UTK merangkap Ketua Tim Perancang Operasi (TPOK) PDRM, SAC Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi.
Kepala Koordinasi Kepolisan Perairan dan Udara, Badan Pemeliharaan Keamanan POLRI merangkap Ketua Delegasi JPCC POLRI, Inspektur Jenderal Polisi Drs. Indra Miza M.Si turut diberi penghormatan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (PGA) merangkap Ketua Delegasi JPCC PDRM, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim, Ketua TPOK POLRI, Brigadir Jenderal Polisi, Drs. Hj. Dedy Setiabudi, Ketua Tim Perancangan Latihan Kepolisan (TPLK) POLRI, Brigadir Jenderal Polisi, Alberd Teddy Benhard Sianipar, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompetensi) Jabatan Pengurusan Bukit Aman merangkap Ketua TPLK PDRM, SAC Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, Komander Briged Tengah, PGA, SAC Zulkifli Jonid dan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Kamaruzaman Abdullah.
Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.