Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lebih 2 000 Hadir Tazkirah Perdana Ustaz Dr Abdul Somad Di Bukit Aman

Diterbitkan: 02 Feb 2020 12.04 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 2 Februari 2020 - Lebih 2,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir memenuhi segenap ruang dewan solat utama Masjid Bukit Aman bagi mendengar tazkirah perdana yang disampaikan oleh pendakwah dan ulama terkenal Indonesia, Ustaz Dr. Abdul Somad Batubara, di sini, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lebih-2-000-hadir-tazkirah-perdana-ustaz-dr-abdul-somad-di-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:01 MYT

Kuala Lumpur, 2 Februari 2020 - Lebih 2,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir memenuhi segenap ruang dewan solat utama Masjid Bukit Aman bagi mendengar tazkirah perdana yang disampaikan oleh pendakwah dan ulama terkenal Indonesia, Ustaz Dr. Abdul Somad Batubara, di sini, petang tadi. 

Beliau yang baru tiba di tanah air hari ini, menyampaikan tazkirah bertajuk "Pasukan Berintegriti, Masyarakat Dilindungi" dalam program yang dianjurkan PDRM melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman tersebut. 

Antara perkara yang disentuh oleh Ustaz Dr. Abdul Somad adalah tentang mengingatkan warga PDRM agar bekerja dengan jujur dan amanah serta sentiasa mencari redha Allah SWT. 

“Sedarlah semua bahawa segala perbuatan akan dihitung dan dihisab di hadapan Allah SWT. 

"Maka marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya”, ujar beliau.

Beliau turut menjawab dan melontarkan pandangan dari sudut Islam berkaitan isu-isu yang dikemukakan oleh para hadirin. 

Antara yang hadir dalam program tadi adalah Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor dan isteri merangkap Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Farihah Mohd Zamri, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, Ketua Polis Kuala Lumpur,  CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim, Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya merangkap Pengerusi Masjid Bukit Aman, DCP Tuan Sapiai @ Shafien Haji Mamat dan orang awam.

Image may contain: 6 people, people standing
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Dr. Abdul Somad Batubara.

 
Image may contain: 13 people, people standing, wedding and indoor
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, bergambar kenangan bersama Ustaz Dr. Abdul Somad Batubara di dewan solat utama Masjid Bukit Aman.

Image may contain: 10 people, people standing and indoor
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bergambar kenangan bersama Ustaz Dr. Abdul Somad Batubara di dewan solat utama Masjid Bukit Aman.

Image may contain: 1 person, standing, suit and indoor
Ustaz Dr. Abdul Somad Batubara menyampaikan tazkirah bertajuk "Pasukan Berintegriti, Masyarakat Dilindungi" di dewan solat utama Masjid Bukit Aman.

Image may contain: one or more people, crowd and indoor
Sekitar tazkirah bertajuk "Pasukan Berintegriti, Masyarakat Dilindungi" disampaikan oleh Ustaz Dr. Abdul Somad Batubara di dewan solat utama Masjid Bukit Aman.

Image may contain: one or more people and crowd
Sekitar tazkirah bertajuk "Pasukan Berintegriti, Masyarakat Dilindungi" disampaikan oleh Ustaz Dr. Abdul Somad Batubara di dewan solat utama Masjid Bukit Aman.

Image may contain: 19 people, crowd
Sekitar tazkirah bertajuk "Pasukan Berintegriti, Masyarakat Dilindungi" disampaikan oleh Ustaz Dr. Abdul Somad Batubara di dewan solat utama Masjid Bukit Aman.

Image may contain: 11 people, crowd and hat
Sekitar tazkirah bertajuk "Pasukan Berintegriti, Masyarakat Dilindungi" disampaikan oleh Ustaz Dr. Abdul Somad Batubara di dewan solat utama Masjid Bukit Aman.

Image may contain: one or more people and crowd
Sekitar tazkirah bertajuk "Pasukan Berintegriti, Masyarakat Dilindungi" disampaikan oleh Ustaz Dr. Abdul Somad Batubara di dewan solat utama Masjid Bukit Aman.

Image may contain: 7 people, people standing
Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki bergambar kenangan.

Image may contain: 7 people, people standing, tree and outdoor
Antara petugas yang terlibat di dewan solat utama Masjid Bukit Aman.

Image may contain: 7 people, people standing
Antara petugas yang terlibat di dewan solat utama Masjid Bukit Aman.
ArtikelDiterbitkan 02 Feb 2020 12.04 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM