Lebih 2 000 Hadir Tazkirah Perdana Ustaz Dr Abdul Somad Di Bukit Aman
Kuala Lumpur, 2 Februari 2020 - Lebih 2,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir memenuhi segenap ruang dewan solat utama Masjid Bukit Aman bagi mendengar tazkirah perdana yang disampaikan oleh pendakwah dan ulama terkenal Indonesia, Ustaz Dr. Abdul Somad Batubara, di sini, petang tadi.
Beliau yang baru tiba di tanah air hari ini, menyampaikan tazkirah bertajuk "Pasukan Berintegriti, Masyarakat Dilindungi" dalam program yang dianjurkan PDRM melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman tersebut.
Antara perkara yang disentuh oleh Ustaz Dr. Abdul Somad adalah tentang mengingatkan warga PDRM agar bekerja dengan jujur dan amanah serta sentiasa mencari redha Allah SWT.
“Sedarlah semua bahawa segala perbuatan akan dihitung dan dihisab di hadapan Allah SWT.
"Maka marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya”, ujar beliau.
Beliau turut menjawab dan melontarkan pandangan dari sudut Islam berkaitan isu-isu yang dikemukakan oleh para hadirin.
Antara yang hadir dalam program tadi adalah Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor dan isteri merangkap Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Farihah Mohd Zamri, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim, Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ) Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya merangkap Pengerusi Masjid Bukit Aman, DCP Tuan Sapiai @ Shafien Haji Mamat dan orang awam.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Dr. Abdul Somad Batubara.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, bergambar kenangan bersama Ustaz Dr. Abdul Somad Batubara di dewan solat utama Masjid Bukit Aman.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador bergambar kenangan bersama Ustaz Dr. Abdul Somad Batubara di dewan solat utama Masjid Bukit Aman.
Ustaz Dr. Abdul Somad Batubara menyampaikan tazkirah bertajuk "Pasukan Berintegriti, Masyarakat Dilindungi" di dewan solat utama Masjid Bukit Aman.
Sekitar tazkirah bertajuk "Pasukan Berintegriti, Masyarakat Dilindungi" disampaikan oleh Ustaz Dr. Abdul Somad Batubara di dewan solat utama Masjid Bukit Aman.

Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datin Seri Norazrin Marzuki bergambar kenangan.
Antara petugas yang terlibat di dewan solat utama Masjid Bukit Aman.
Antara petugas yang terlibat di dewan solat utama Masjid Bukit Aman.