
Article
Lawatan Kerja Ketua Pengarah Jim Ke Atas Timbalan Kpn
Kuala Lumpur, 20 Januari 2020 – Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud telah mengadakan lawatan kerja ke atas Timba...
Kuala Lumpur, 20 Januari 2020 – Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud telah mengadakan lawatan kerja ke atas Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor di Bilik Mesyuarat KPN, aras 31, Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.
Lawatan kerja yang berlangsung selama sejam itu membincangkan mengenai kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JIM seperti Op Bersepadu dalam membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI), perkongsian maklumat Central Criminal Intelligence Unit System (CCIU), dan penempatan PATI di pusat tahanan JIM dan lokap polis serta pengurusan sistem semakan database.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Huzir Mohamed, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Mohd Zakaria Ahmad, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Datuk Mazli Mazlan, Timbalan Ketua Pengarah JIM (Operasi), Tuan Mohamad Fauzi Md Isa, delegasi JIM dan pegawai kanan PDRM.
Bergambar kenangan.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud menandatangani buku pelawat.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor menyampaikan cenderahati kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud.
Sekitar lawatan kerja Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud ke atas Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor semasa lawatan kerja Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Sekitar lawatan kerja Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud ke atas Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.