Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lawatan Kebajikan Timbalan Pjsjn Ke Atas Pesara Polis

Published: 22 Oct 2019 4.56 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Cheras, 22 Oktober 2019 – Timbalan Pengarah (Perlucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, DCP Dato' Kamarulzaman Mamat telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Sarjan (B) Cham Bee Wan di kediamannya dekat Sungai Besi, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-kebajikan-timbalan-pjsjn-ke-atas-pesara-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:25 MYT

Cheras, 22 Oktober 2019 – Timbalan Pengarah (Perlucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, DCP Dato' Kamarulzaman Mamat telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas Sarjan (B) Cham Bee Wan di kediamannya dekat Sungai Besi, di sini, semalam.

Dalam lawatan tersebut, Dato' Kamarulzaman turut berkesempatan bertanya khabar kepada ahli keluarga bekas anggota polis itu disamping menyampaikan sumbangan daripada warga JSJN, Bukit Aman.

Sarjan (B) Cham Bee Wan yang bersara wajib pada tahun 2018 lalu telah berkhidmat selama 30 tahun dalam JSJN dan kini terlantar sakit akibat 'Parkinson Plus Syndrome and Motor Neurone Disease'.

Sepanjang kariernya, beliau telah mempamerkan prestasi yang cemerlang dan pernah membantu JSJN menempa pelbagai kejayaan khasnya dalam operasi menumpaskan sindiket dadah.

Hadir sama dalam lawatan tadi ialah Penolong Pengarah Narkotik (Kepolisan Am), Superintendan R Azizan Ibrahim dan para Para Pegawai Kanan Polis dari Bukit Aman.

Image may contain: 3 people, people standing

Image may contain: 3 people, people standing

Image may contain: 1 person, sitting

ArticlePublished 22 Oct 2019 4.56 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM